VCD Tun Dr. Mahathir

Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR

  • Selamat Kembali Tun Dr. Mahathir, Kami Teguh Disisi !
    Oleh : drmjunior

    Selamat kembali Tun Dr. Mahathir ! Kepunlangan TDM sememangnya dinanti-nanti lebih-lebih lagi disaat dan ketikanya setelah begitu hebatnya mereka-mereka yang tidak mengenang budi itu berteriak dan menuding sesuka hati kepada TDM dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Benar begitulah sikap pengecut hanya berani bersuara bila berada dibelakang tetapi diam, kecut dan menikus bila berdepan. Kerana sikap beginilah rakyat dari hari kehari dari masa ke masa mempertikaikan pimpinan kerajaan yang ada ketika ini. Jelas sekali perkembangan ini sesuatu yang tidak sihat kepada UMNO dan kerajaan. Kepada Tun Dr. Mahathir sekali lagi kami ucapkan selamat kembali, ayuh ayahanda kita perjuangkan perjuangan kita yang tidak pernah selesai !

    posted by drmjr @ 5:40 AM, ,

    VCD Tun Dr. Mahathir

    Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • SYED HAMID "DIBELASAH" UMNO SELANGOR ?
    Petikan daripada Blog Cuit Sikit

    "Jika Datuk Seri Syed Hamid bertanding jawatan Majlis Tertinggi pada Pemilihan akan datang, tiada pencalonan mahu pun (walau satu) undi beliau akan terima dari UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan."

    Inilah ucapan paling keras yang diterima oleh Syed Hamid petang tadi. Ucapan ini diucapkan bukan oleh sembarangan orang tetapi Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

    Program penerangan tertutup mengenai Jambatan Bengkok untuk UMNO Selangor yang berlangsung petang tadi (12 Julai 2006) mungkin merupakan sesi paling perit buat Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar setakat ini.

    Ucapan penerangan beliau yang banyak menyalahkan Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim Zainuddin berkenaan isu rundingan dengan Singapura menimbulkan kemarahan di kalangan 300 orang pemimpin UMNO peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri yang hadir.

    Para hadirin berpendapat penerangan tersebut tidak menjelaskan beberapa isu penting yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir.

    Sungguhpun Syed Hamid hanya mengehadkan sesi soal jawab kepada 5 soalan, ternyata beliau gagal sama sekali menjawab soalan yang dikemukakan.

    Seorang ahli UMNO Shah Alam mempersoalkan:

    1. Mengapa kerajaan menangguhkan projek pembinaan Jambatan bengkok pada 2004, kemudian meneruskan pada januari 2006 dan kemudiannya membatalkkan pada Mac 2006.

    2. Jika ada implikasi undang-undang, apakah implikasi undang-undang yang tidak wujud pada sebelum Januari 2006 dan wujud pada Mac 2006 sehingga menimbulkan pembatalan.

    Syed Hamid mengelak menjawab isu ini dengan mendakwa masalah ini berpunca pada zaman Tun Dr. Mahathir yang berbincang dengan Singapura melalui Tun Daim tanpa merujuk kepada kabinet. Ini menimbulkan rungutan di kalangan hadirin kerana beranggapan Syed Hamid tidak menjawab sebarang persoalan yang ditanya.

    Mereka yang hadir mahukan jawapan yang konkrit mengenai isu jambatan bengkok ini untuk diterangkan kepada orang ramai. Malangnya penerangan Syed Hamid hanya tambah mengelirukan.

    [Malahan jawapan Syed Hamid nyata sekali bertentangan dengan penerangannya sebelum itu yang memaklumkan kepada hadirin bahawa Kementerian Luar di bawahnya amat cekap dengan mencatatkan semua butiran perbincangan Malaysia-Singapura sejak zaman Mahathir-Lee Kwan Yew.]

    Soalan Nakal

    Syed Hamid juga kelihatan tidak mampu menjawab satu soalan "nakal" daripada ahli yang sama mengenai percutian Datuk Seri Abdullah Badawi.

    Ketika ditanya mengapa Abdullah Badawi bercuti ketika rakyat Palestin sedang dibedil oleh Palestin sedangkan beliau merupakan Pengerusi OIC dan NAM; Syed Hamid menjawab bahawa percutian tersebut telah lama dirancang.

    Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan hadirin yang sebelum ini dimaklumkan oleh Pejabat Media JPM bahawa Perdana Menteri bercuti untuk menjalani pembedahan resdung.

    Jika isu semacam ini pun gagal ditangani oleh Menteri Luar, nyatalah ia membangkitkan kemarahan pimpinan UMNO peringkat Bahagian.

    Pemimpin UMNO Marah

    Dato’ Kapt. (B) Zahar bin Hashim (UMNO Petaling Jaya Selatan) tidak segan silu lagi mengkritik Syed Hamid sebagai menteri dan ahli MT yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani bersuara untuk kepentingan umum.
    Bagi beliau, dengan menyalahkan pentadbiran lama semata-mata bermakna Syed Hamid suatu ketika dahulu gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi. Justeru apakah tidak mungkin sekarang pun Syed Hamid sekadar menjaga kedudukan dalam pentadbiran baru?

    Ketua Penerangan Puteri UMNO Selangor turut membidas Syed Hamid yang hanya menyalahkan pentadbiran lalu tanpa memberi penjelasan yang sewajarnya mengenai isu berbangkit.

    Berdasarkan pemerhatian, nyata majlis penerangan ini gagal sama sekali. Bayangkan jika banyak lagi soalan yang dibenarkan. Mampukah Syed Hamid menjawab isu pasir dan sebagainya?

    Antara Singa UMNO dan Singa "Ubat Gigi"

    Mungkin benarlah jenaka politik UMNO Johor hari ini: "Jika dahulu allahyarham Syed Jaafar Albar menjadi singa UMNO, hari ini anak beliau hanya mampu menjadi 'Kodomo Lion'"

    posted by drmjr @ 5:34 AM, ,

    VCD Tun Dr. Mahathir

    Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • PEMBERITAHUAN Kelab Maya Tun Dr. Mahathir

    Berikutan daripada KONTRAVERSI kerjasama dengan vcd2c.com untuk tempoh ini kami memberhentikan seketika penjualan VCD Penerangan TDM bagi menyelesaikan masalah akaun pembayaran. Walaubagaimanapun kepada 96 pengguna yang telah menempah VCD tersebut melalui kami jangan risau seperti yang dijanjikan anda akan memperolehi VCD tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.

    Admin Kelab Maya Tun Dr. Mahathir

    posted by drmjr @ 6:59 PM, ,

    VCD Tun Dr. Mahathir

    Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • RESPON Kelab Maya Tun Dr. Mahathir

    Kami ingin merujuk kepada komen yang telah diberikan oleh SOFEA melalui ruang forum KMU berkenaan tuduhan ourdrm.blogspot.com sebagai blog lindungan daripada vcd2c.com. Secara jelas kami nyatakan bahawa hubungan ourdrm.blogspot.com dengan vcd2c.com adalah atas dasar kebolehpercayaan vcd2c.com sebagai medium pengedaran VCD secara online. Kami telah merujuk kepada beberapa pengedar VCD secara online bagi bekerjasama dengan kami untuk memasarkan VCD Penerangan TDM dan tiada satu daripadanya mempunyai capability untuk menepati kehendak kami. Kami menyedari akan kewujudan vcd2c.com sebagai pengedar VCD secara online yang banyak berpihak kepada parti PAS tetapi dengan pilihan yang terhad serta ketidaksanggupan banyak pihak untuk bersama dengan kami maka pahit macamana sekalipun ianya adalah tetap pilihan terbaik yang ada. Namun begitu secara jelas apa sekalipun pendirian vcd2c.com ianya TIADA KAITAN SAMADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK dengan ourdrm.blogspot.com.

    Kewujudan ourdrm.blogspot.com tetap bersandarkan kepada prinsip yang jelas sebagai Kelab Maya Tun Dr. Mahathir yang kami hormati. Jika perkara ini menjadi satu isu yang besar kepada semua pihak untuk menyokong perjuangan ourdrm.blogspot.com kami sedang mempertimbangkan untuk melakukan pengedaran VCD Penerangan Dr. Mahathir ini secara sendiri.

    Untuk makluman semua didalam tempoh terdekat ini kami akan mengeluarkan VCD ucapan Tunku Mahalel dan VCD Pendedahan Matthias Chang. Kami juga telah mendapat kerjasama baik bagi memasarkan VCD Ucapan Dr Mahathir di Kelantan akan datang. Semua ini adalah komitmen kami terhadap perjuangan menyokong Tun Dr Mahathir dalam berdepan pihak-pihak yang dengki dan hasad terhadap beliau.

    Admin Kelab Maya Tun Dr. Mahathir

    posted by drmjr @ 2:08 PM, ,

    VCD Tun Dr. Mahathir

    Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • Penjelasan Bukti Wujud Konspirasi !

    Tajuk tulisan ini saya rasa sudah cukup untuk menggambarkan pendirian kami terhadap Kenyataan Media oleh Jabatan Perdana Menteri berkenaan isu Jambatan Bengkok yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir. Bagi kami penjelasan yang telah dibuat melalaui kenyataan media tersebut lebih kepada bukti betapa sememangnya wujud usaha dan konspirasi oleh kerajaan untuk menjatuhkan imej TDM dengan tuduhan yang melulu. Bagi kami ianya juga membuktikan betapa kerajaan yang ada hari ini menepati dakwaan banyak pihak sebagai sebuah kerajaan yang tidak prihatin dan cuba bersikap lepas tangan terhadap segala permasalahan yang timbul dengan meletakkan segala kesalahan yang ada dibahu TDM secara hasad dan dengki.

    Sikap dan perilaku sebegini juga telah dipamerkan oleh kerajaan didalam beberapa keputusan yang telah dibuat. Kerana ketidakmampuan kerajaan untuk berdepan dengan rakyat yang mempersoalkan kredibaliti mereka, Tun Dr. Mahathir telah dijadikan "kambing hitam" didalam usaha mereka untuk berlepas diri. Tidakan tidak bermoral ini dapat kita lihat didalam isu kenaikan tarif elektrik, isu Proton, isu AP dan sebagainya. Malah dengan bertindak secara bodoh Tun Dr. Mahathir pernah dituduh sebagai individu yang telah menghabiskan wang kerajaan sehingga kerajaan terpaksa menaikkan beberapa kadar dan tarif sebagai alternatif.

    Inikah yang dikatakan sebagai sebuah kerajaan yang telus dan berpegang kepada prinsip kerajaan yang baik dan bertanggungjawab ? Bagi kami setiap butiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui kenyataan medianya adalah satu bukti betapa bersungguhnya Tun Dr. Mahathir dalam setiap usaha yang dilakukannya dan secara jelas segala usaha tersebut seringkali digagalkan dengan sikap Singapura yang degil dan kurang ajar. Kami amat yakin itu adalah bukti seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tegas. Tun Dr. Mahathir telah membuktikan bahawa beliau tidak bersikap seperti segelintir pimpinan kerajaan pada hari ini yang seketika begitu lantang mempertahankan pembinaan Jambatan Bengkok sehingga sanggup berkofrantasi dengan Singapura tetapi didalam masa yang lain secara tiba-tiba bersikap pelik dengan menjilat ludahnya sendiri dengan menyokong pembatalan projek.

    Ini adalah asas kepada segala apa yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu sikap pimpinan kerajaan yang tidak konsisten dan celaru didalam pentadbirannya. Sikap ini secara jelas akan memberi impak negatif didalam usaha seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat wawasan 2020. Sikap ini juga bertentangan dengan didikan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersikap positif dan berfikir untuk melangkah kehadapan.

    Bagi kami penjelasan ini adalah salah satu rangkaian usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu didalam kerajaan untuk menjatuhkan imej TDM yang secara jelas kini sedang berjalan melalui manipulasi media massa. Usaha ini bertujuan untuk menyelindungkan kelemahan kerajaan sendiri didalam mentadbir negara dengan melarikan fokus rakyat daripada isu-isu yang berbangkit ketika ini. TDM secara berniat jahat dan dengki telah dijadikan punch bag oleh segelitir pimpinan kerajaan bagi tujuan politik murahan dan picisan mereka. Bagi kami selaku ahli Kelab Maya Tun Dr. Mahathir kami dengan tegas berpendirian berdiri teguh dibelakang Tun Dr. Mahathir

    posted by drmjr @ 11:05 AM, ,

    VCD Tun Dr. Mahathir

    Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • Wawasan Pertanian Tun Dr. Mahathir Lebih Komprehensif dan Berdaya Saing

    Ramai pihak beranggapan Tun Dr. Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya hanya menumpukan kepada pembinaan sektor industri sehingga mengabaikan sektor pertanian dan perbandingan ini semakin ketara apabila kepimpinan negara diambil alih Pak Lah. Pak Lah dikatakan lebih prihatin kepada kelansungan sektor pertanian dinegara ini. Pak Lah dikatakan pencentus kembali kepada revolusi pertanian negara ini. Semua ini adalah satu pendustaan belaka dan merupakan gimik politik mereka yang lemah idealismanya. Tun Dr. Mahathir telah lama memberi perhatian kepada sektor pertanian kita boleh lihat semua ini didalam ucapan Tun Dr. Mahathir semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke 8. Ketegasan beliau dapat dilihat daripada ucapan beliau yang menggesa supaya sektor pertanian kembali digiatkan.

    Sektor pertanian akan dijadikan sektor penting kepada ekonomi negara. Dalam tempoh kajian semula, sektor ini berkembang 1.5 peratus berikutan peningkatan keluaran kelapa sawit dan komoditi makanan. Hasil eksport pertanian meningkat sebanyak 26 peratus daripada RM23 bilion pada tahun 2000 kepada RM 29 bilion pada tahun 2003 disumbang oleh kenaikan harga komoditi utama dan makanan. Eksport barangan makanan yang lebih baik adalah kesan daripada peningkatan pelaburan dalam pengeluaran makanan berskala besar dan pembaikan kualiti yang dicapai dalam konteks pendekatan MOA Incorporated. Sementara negara belum lagi dapat beralih kedudukannya sebagai pengimport bersih makanan, negara telah berjaya mencapai tahap sara diri atau self-sufficiency bagi bekalan ayam, itik dan telur serta hampir mencapai tahap sara diri bagi keluaran perikanan.

    Dalam tempoh dua tahun yang akan datang, sektor pertanian dijangka berkembang lebih tinggi pada kadar 2.7 peratus setahun. Pertumbuhan sektor ini akan disumbang oleh peningkatan kenaikan keluaran tanaman industri, pengeluaran makanan dan sumbangan daripada aktiviti pertanian yang baru.

    Penternakan ikan atau akuakultur telah dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan yang besar. Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan infrastruktur baru, meningkatkan kemahiran dan teknologi bagi memajukan akuakultur yang moden. Ini melibatkan pembiakan pelbagai jenis ikan dan krustasia yang boleh dipasarkan dalam dan luar negara. Untuk menyokong aktiviti pembelaan anak ikan berskala komersial dan aktiviti hiliran berkait dengan penternakan ikan, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Program Benih Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Penetasan. Di samping itu, Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan sokongan bagi menggalakkan pelaburan dalam industri ikan tuna melalui penubuhan empat Pusat Pembangunan Tuna Serantau di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Labuan. Aktiviti lain yang akan digalakkan termasuklah penanaman komersial rumpai laut berskala besar dan pengeluaran ikan perhiasan.

    Kerajaan juga akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan potensi barangan biomassa dan bioteknologi untuk pasaran dalam negeri dan eksport. Program untuk membangunkan produk semula jadi yang khusus seperti herba, rempah dan tumbuhan ubat-ubatan secara bersepadu dan komersial akan juga dipercepatkan. Di samping itu, projek Taman Botani Negara akan dibangunkan sebagai contoh bagi peluang pelaburan baru dalam sektor pertanian, selain dijadikan sebagai tempat rekreasi dan tarikan pelancong.

    Bagi mempergiatkan pembangunan dalam sektor pertanian, teknologi sokongan yang lebih berkesan akan digalakkan. Antara inisiatif baru ialah penggunaan secara lebih meluas ICT dan e-dagang. Dalam hubungan ini, projek pertanian berasaskan Teknologi Industri-Kerajaan bagi Revolusi e-Ekonomi atau AgriTIGer yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor pertanian, akan diperluaskan ke tempat lain termasuk di Sabah dan di Sarawak. Di bawah AgriTIGeR, aplikasi pengurusan rantaian antara perniagaan yang berkos efektif dan gerbang elektronik yang dinamakan Agribazaar akan dimajukan lagi. Agribazaar akan berfungsi sebagai ’gateway’ pertukaran kepada masyarakat tani dan peniaga untuk menjalankan urusniaga secara talian.

    Selain daripada mengekalkan daya saing Malaysia bagi minyak kelapa sawit berbanding dengan minyak dan lemak lain di pasaran dunia, usaha sedang dilakukan untuk membangunkan negara menjadi pengeksport makanan yang berdaya saing. Untuk memastikan kejayaan ini, pembangunan perkhidmatan sokongan yang kukuh adalah diperlukan, termasuk kemudahan mendapat maklumat berkait dengan perniagaan dan saluran pengagihan.

    Pemprosesan keluaran pertanian tempatan perlu dijadikan industri yang besar. Peningkatan nilai ditambah yang lebih tinggi melalui penggunaan pengetahuan yang lebih menyeluruh dan berteknologi tinggi harus diusahakan.

    Penghijrahan keluar tenaga buruh daripada sektor pertanian, telah menyebabkan tenaga kerja pertanian hanyalah terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bagi menjadikan sektor pertanian lebih dinamik dari segi pengurusan dan teknologi, golongan profesional dan usahawan akan dilatih dengan amalan dan kemahiran pertanian moden. Pusat Latihan Pertanian Negara akan dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyelaras dan membekal program latihan dan kemahiran. Pengeluaran tenaga profesional dalam bidang pertanian seperti ahli sains tanah, ahli mikrobiologi, ahli bioteknologi dan pakar pemakanan akan ditambah. Dengan ini, peningkatan produktiviti akan dicapai dengan penggunaan jentera dan automasi yang lebih tinggi serta penggunaan teknologi penjimatan buruh.

    posted by drmjr @ 10:06 PM, ,

    VCD Tun Dr. Mahathir

    Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • KENAPA BLOG INI DIWUJUDKAN
    KENAPA BLOG INI DIWUJUDKAN ? Inilah persoalan yang begitu banyak dibangkitkan. Atas tujuan dan niat apakah blog ini diwujudkan, tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai saluran untuk "individu-individu" seperti kami yang merasakan betapa kalangan pimpinan terkini yang menerajui negara telah mula bersikap "kurang ajar" dan "celupar mulut" menghentam tanpa belas pemimpin yang paling kami hormati. Pastinya semua orang tahu siapa pemimpin yang kami maksudkan kerana nama blog ini saja telah menjelaskannya. Ya ! kami mengagumi ketokohan Tun Dr. Mahathir. Kami mengagumi idea dan wawasannya. Bagi kami individu seperti Tun Dr. Mahathir akan hanya wujud 100 tahun sekali dimuka bumi ini. Pastinya kita perlu bersyukur kerana kewujudannya itu merahmati seluruh rakyat negara ini. Beliau ditakdirkan hadir dan memimpin kita rakyat negara yang bernama Malaysia ini dan itu adalah sebesar-besar rahmat yang kita terima!

    Tetapi sayangnya akhir-akhir ini kami merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena pada sikap dan perilaku kepimpinan yang telah diwariskan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menerajui negara ini. Jika diungkapkan kepada pepatah Melayu mereka ini seumpama kacang yang melupakan kulit. Mereka ini seumpama anjing yang menggigit kembali setelah dilepaskan dari tersepit. Dan kami pastinya tersangat-sangat tidak berpuashati terhadap senario ini dan kerana itulah atas sikap ketidakpuashatian kepada mereka yang angkuh dan ego inilah kami mewujudkan blog ini sebagai saluran kepada kumpulan individu seperti kami yang kami amat yakin cukup ramai diluar sana untuk berfungsi sebagai Tun Dr. Mahathir Backbenchers ! Kepada semua mari kita bersama-sama melakukan seboleh yang mungkin untuk mempertahankan seorang negarawan yang telah menjadikan negara ini sebegini hebat untuk kita warisi.

    drmjr editor ourdrm.blogspot.com

    posted by drmjr @ 10:06 PM, ,

    Menantu Sapalah Tu ?

    Soalan ( Agendadaily): Tun tadi dalam ucapan ada bagi gambaran macam ada pihak ketiga mempengaruhi kerajaan…boleh Tun sebut secara terbuka siapa?
    Dr Mahathir: Oh… saya tak tahu..orang cerita saya dengarlah…betul tak betul saya tak tau. Saya dengar kata di Tingkat Empat… (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke …siapa ada...ada ofis boy ke … dari Oxford…dari Cambridge..

    Nak Pecat ?

    Soalan: Tun dah kritik kerajaan….ada orang kata terdapat ura-ura nak pecat Tun dari UMNO?
    Dr Mahathir: Dia nak pecat..pecatlah. Orang yang ada kuasa boleh pecat…pecatlah.Apa salahnya…saya (pernah) kena pecat dulu. Ada juga yang kata masa saya kena pecat dulu…saya naik atas pentas PAS..sedangkan orang yang sekarang ni tak pernah masuk parti lawan…cuba juga nak bagi saya jatuh…itupun saya tak marah... saya ambil balik. Berapa orang yang lawan dengan saya dulu…sayalah yang bawa dia orang balik…bagi pangkat sampai ke puncak. Saya bukan nak ungkit…tak ada terima kasih pun tak apa.


    Web This Blog



    About me

    Archives

    Previous Posts

    Links

    Powered By

    Ukhwah.com :: Top Blog

    Powered by Blogger