VCD Tun Dr. Mahathir

Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • Penjelasan Bukti Wujud Konspirasi !

    Tajuk tulisan ini saya rasa sudah cukup untuk menggambarkan pendirian kami terhadap Kenyataan Media oleh Jabatan Perdana Menteri berkenaan isu Jambatan Bengkok yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir. Bagi kami penjelasan yang telah dibuat melalaui kenyataan media tersebut lebih kepada bukti betapa sememangnya wujud usaha dan konspirasi oleh kerajaan untuk menjatuhkan imej TDM dengan tuduhan yang melulu. Bagi kami ianya juga membuktikan betapa kerajaan yang ada hari ini menepati dakwaan banyak pihak sebagai sebuah kerajaan yang tidak prihatin dan cuba bersikap lepas tangan terhadap segala permasalahan yang timbul dengan meletakkan segala kesalahan yang ada dibahu TDM secara hasad dan dengki.

    Sikap dan perilaku sebegini juga telah dipamerkan oleh kerajaan didalam beberapa keputusan yang telah dibuat. Kerana ketidakmampuan kerajaan untuk berdepan dengan rakyat yang mempersoalkan kredibaliti mereka, Tun Dr. Mahathir telah dijadikan "kambing hitam" didalam usaha mereka untuk berlepas diri. Tidakan tidak bermoral ini dapat kita lihat didalam isu kenaikan tarif elektrik, isu Proton, isu AP dan sebagainya. Malah dengan bertindak secara bodoh Tun Dr. Mahathir pernah dituduh sebagai individu yang telah menghabiskan wang kerajaan sehingga kerajaan terpaksa menaikkan beberapa kadar dan tarif sebagai alternatif.

    Inikah yang dikatakan sebagai sebuah kerajaan yang telus dan berpegang kepada prinsip kerajaan yang baik dan bertanggungjawab ? Bagi kami setiap butiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui kenyataan medianya adalah satu bukti betapa bersungguhnya Tun Dr. Mahathir dalam setiap usaha yang dilakukannya dan secara jelas segala usaha tersebut seringkali digagalkan dengan sikap Singapura yang degil dan kurang ajar. Kami amat yakin itu adalah bukti seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tegas. Tun Dr. Mahathir telah membuktikan bahawa beliau tidak bersikap seperti segelintir pimpinan kerajaan pada hari ini yang seketika begitu lantang mempertahankan pembinaan Jambatan Bengkok sehingga sanggup berkofrantasi dengan Singapura tetapi didalam masa yang lain secara tiba-tiba bersikap pelik dengan menjilat ludahnya sendiri dengan menyokong pembatalan projek.

    Ini adalah asas kepada segala apa yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu sikap pimpinan kerajaan yang tidak konsisten dan celaru didalam pentadbirannya. Sikap ini secara jelas akan memberi impak negatif didalam usaha seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat wawasan 2020. Sikap ini juga bertentangan dengan didikan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersikap positif dan berfikir untuk melangkah kehadapan.

    Bagi kami penjelasan ini adalah salah satu rangkaian usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu didalam kerajaan untuk menjatuhkan imej TDM yang secara jelas kini sedang berjalan melalui manipulasi media massa. Usaha ini bertujuan untuk menyelindungkan kelemahan kerajaan sendiri didalam mentadbir negara dengan melarikan fokus rakyat daripada isu-isu yang berbangkit ketika ini. TDM secara berniat jahat dan dengki telah dijadikan punch bag oleh segelitir pimpinan kerajaan bagi tujuan politik murahan dan picisan mereka. Bagi kami selaku ahli Kelab Maya Tun Dr. Mahathir kami dengan tegas berpendirian berdiri teguh dibelakang Tun Dr. Mahathir

    posted by drmjr @ 11:05 AM,

    1 Comments:

    At 10:40 AM, Anonymous Anonymous said...

    This is very interesting site... antidepressant medication http://www.freezers-4.info Vicodin blood pressure Tape a meeting using video conferencing equipment nissan z Dodge ram 350 Search engine positioning papeete Mcse+2000+training car cd changer installation subaru outback slush mats

     

    Post a Comment

    << Home

    Menantu Sapalah Tu ?

    Soalan ( Agendadaily): Tun tadi dalam ucapan ada bagi gambaran macam ada pihak ketiga mempengaruhi kerajaan…boleh Tun sebut secara terbuka siapa?
    Dr Mahathir: Oh… saya tak tahu..orang cerita saya dengarlah…betul tak betul saya tak tau. Saya dengar kata di Tingkat Empat… (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke …siapa ada...ada ofis boy ke … dari Oxford…dari Cambridge..

    Nak Pecat ?

    Soalan: Tun dah kritik kerajaan….ada orang kata terdapat ura-ura nak pecat Tun dari UMNO?
    Dr Mahathir: Dia nak pecat..pecatlah. Orang yang ada kuasa boleh pecat…pecatlah.Apa salahnya…saya (pernah) kena pecat dulu. Ada juga yang kata masa saya kena pecat dulu…saya naik atas pentas PAS..sedangkan orang yang sekarang ni tak pernah masuk parti lawan…cuba juga nak bagi saya jatuh…itupun saya tak marah... saya ambil balik. Berapa orang yang lawan dengan saya dulu…sayalah yang bawa dia orang balik…bagi pangkat sampai ke puncak. Saya bukan nak ungkit…tak ada terima kasih pun tak apa.


    Web This Blog



    About me

    Archives

    Previous Posts

    Links

    Powered By

    Ukhwah.com :: Top Blog

    Powered by Blogger