VCD Tun Dr. Mahathir

Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • SYED HAMID "DIBELASAH" UMNO SELANGOR ?
    Petikan daripada Blog Cuit Sikit

    "Jika Datuk Seri Syed Hamid bertanding jawatan Majlis Tertinggi pada Pemilihan akan datang, tiada pencalonan mahu pun (walau satu) undi beliau akan terima dari UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan."

    Inilah ucapan paling keras yang diterima oleh Syed Hamid petang tadi. Ucapan ini diucapkan bukan oleh sembarangan orang tetapi Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

    Program penerangan tertutup mengenai Jambatan Bengkok untuk UMNO Selangor yang berlangsung petang tadi (12 Julai 2006) mungkin merupakan sesi paling perit buat Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar setakat ini.

    Ucapan penerangan beliau yang banyak menyalahkan Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim Zainuddin berkenaan isu rundingan dengan Singapura menimbulkan kemarahan di kalangan 300 orang pemimpin UMNO peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri yang hadir.

    Para hadirin berpendapat penerangan tersebut tidak menjelaskan beberapa isu penting yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir.

    Sungguhpun Syed Hamid hanya mengehadkan sesi soal jawab kepada 5 soalan, ternyata beliau gagal sama sekali menjawab soalan yang dikemukakan.

    Seorang ahli UMNO Shah Alam mempersoalkan:

    1. Mengapa kerajaan menangguhkan projek pembinaan Jambatan bengkok pada 2004, kemudian meneruskan pada januari 2006 dan kemudiannya membatalkkan pada Mac 2006.

    2. Jika ada implikasi undang-undang, apakah implikasi undang-undang yang tidak wujud pada sebelum Januari 2006 dan wujud pada Mac 2006 sehingga menimbulkan pembatalan.

    Syed Hamid mengelak menjawab isu ini dengan mendakwa masalah ini berpunca pada zaman Tun Dr. Mahathir yang berbincang dengan Singapura melalui Tun Daim tanpa merujuk kepada kabinet. Ini menimbulkan rungutan di kalangan hadirin kerana beranggapan Syed Hamid tidak menjawab sebarang persoalan yang ditanya.

    Mereka yang hadir mahukan jawapan yang konkrit mengenai isu jambatan bengkok ini untuk diterangkan kepada orang ramai. Malangnya penerangan Syed Hamid hanya tambah mengelirukan.

    [Malahan jawapan Syed Hamid nyata sekali bertentangan dengan penerangannya sebelum itu yang memaklumkan kepada hadirin bahawa Kementerian Luar di bawahnya amat cekap dengan mencatatkan semua butiran perbincangan Malaysia-Singapura sejak zaman Mahathir-Lee Kwan Yew.]

    Soalan Nakal

    Syed Hamid juga kelihatan tidak mampu menjawab satu soalan "nakal" daripada ahli yang sama mengenai percutian Datuk Seri Abdullah Badawi.

    Ketika ditanya mengapa Abdullah Badawi bercuti ketika rakyat Palestin sedang dibedil oleh Palestin sedangkan beliau merupakan Pengerusi OIC dan NAM; Syed Hamid menjawab bahawa percutian tersebut telah lama dirancang.

    Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan hadirin yang sebelum ini dimaklumkan oleh Pejabat Media JPM bahawa Perdana Menteri bercuti untuk menjalani pembedahan resdung.

    Jika isu semacam ini pun gagal ditangani oleh Menteri Luar, nyatalah ia membangkitkan kemarahan pimpinan UMNO peringkat Bahagian.

    Pemimpin UMNO Marah

    Dato’ Kapt. (B) Zahar bin Hashim (UMNO Petaling Jaya Selatan) tidak segan silu lagi mengkritik Syed Hamid sebagai menteri dan ahli MT yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani bersuara untuk kepentingan umum.
    Bagi beliau, dengan menyalahkan pentadbiran lama semata-mata bermakna Syed Hamid suatu ketika dahulu gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi. Justeru apakah tidak mungkin sekarang pun Syed Hamid sekadar menjaga kedudukan dalam pentadbiran baru?

    Ketua Penerangan Puteri UMNO Selangor turut membidas Syed Hamid yang hanya menyalahkan pentadbiran lalu tanpa memberi penjelasan yang sewajarnya mengenai isu berbangkit.

    Berdasarkan pemerhatian, nyata majlis penerangan ini gagal sama sekali. Bayangkan jika banyak lagi soalan yang dibenarkan. Mampukah Syed Hamid menjawab isu pasir dan sebagainya?

    Antara Singa UMNO dan Singa "Ubat Gigi"

    Mungkin benarlah jenaka politik UMNO Johor hari ini: "Jika dahulu allahyarham Syed Jaafar Albar menjadi singa UMNO, hari ini anak beliau hanya mampu menjadi 'Kodomo Lion'"

    posted by drmjr @ 5:34 AM,

    4 Comments:

    At 4:19 PM, Anonymous Anonymous said...

    What a great site
    Sodium and high blood pressure breast enhancement pill online craps 1990 ferrari 360 spider car ferrari model toy Blackjack card counting systems Volvo 740 for sale Ferrari modena replica - cell phone numbers stateline insurance in iowa Land rover discovery overheating troubleshoot Land rover discovery s key http://video-camera.htmlplanet.com/Camcorders-internet-low-prices.html 1977 pontiac specifications Ferrari cantina Guaranteed roulette profits video games coupons Individual piece sectional furniture Women golf quotes

     
    At 9:10 AM, Anonymous Anonymous said...

    Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »

     
    At 9:17 AM, Anonymous Anonymous said...

    Looking for information and found it at this great site... Hyatt+time+share+resales sponge bob square pants picture Earphones from nokia Prescription female viagra Delicate cartridges propecia is affect cartridge dell ink order Honda xr650l luggage rack attorney bextra johnson stevens syndrome Cheap phone calls for eire Dominica cartridges blonde girls with hairy arms

     
    At 8:34 AM, Anonymous Anonymous said...

    Saya suka mengikuti ruangan ini dan rasanya sudah bosan dengan tuntutan kenaikan gaji dan elaun yang sering dibangkitkan, oleh itu saya ingin bertindak sebaliknya dengan memohon pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula kadar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) di Sabah yang dianggap keterlaluan dan berlebih-lebihan dan wajar dikurangkan nilainya. Rasanya pemberian EPW sebanyak itu di Sabah banyak digunakan bukan untuk tujuan perumahan sebaliknya ada yang memanfaatkannya dengan membiayai kos pembelian yang tidak perlu seperti kereta luar negara penjawat awam di sana. Rasanya tidak logik EPW di Sabah diberikan sekitar RM800-RM1100 sedangkan tiada kos sewa rumah yang menjangkaui angka itu di sana kecuali rumah mewah seperti banglo. Rasanya ada lagi yang lebih memerlukan angka itu terutama yang menetap di kawasan yang berkos hidup tinggi dan mereka yang ingin memiliki rumah sendiri. Saranan ini juga sebagai langkah membantu kerajaan untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan pentadbiran. Permintaan ini bukan disebabkan faktor cemburu tetapi mungkin sudah jenuh mendengar tuntutan kenaikan elaun yang rasanya lebih membebankan kerajaan, jadi ada baiknya saranan diberi untuk membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan mengutamakan yang lebih memerlukan. Selain itu sebagai peringatan supaya kita bersyukur kerana ada lagi lebih bermasalah dari segi gaji dan elaun ini terutama rakan-rakan kita di sektor swasta.... penjawat memahami

     

    Post a Comment

    << Home

    Menantu Sapalah Tu ?

    Soalan ( Agendadaily): Tun tadi dalam ucapan ada bagi gambaran macam ada pihak ketiga mempengaruhi kerajaan…boleh Tun sebut secara terbuka siapa?
    Dr Mahathir: Oh… saya tak tahu..orang cerita saya dengarlah…betul tak betul saya tak tau. Saya dengar kata di Tingkat Empat… (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke …siapa ada...ada ofis boy ke … dari Oxford…dari Cambridge..

    Nak Pecat ?

    Soalan: Tun dah kritik kerajaan….ada orang kata terdapat ura-ura nak pecat Tun dari UMNO?
    Dr Mahathir: Dia nak pecat..pecatlah. Orang yang ada kuasa boleh pecat…pecatlah.Apa salahnya…saya (pernah) kena pecat dulu. Ada juga yang kata masa saya kena pecat dulu…saya naik atas pentas PAS..sedangkan orang yang sekarang ni tak pernah masuk parti lawan…cuba juga nak bagi saya jatuh…itupun saya tak marah... saya ambil balik. Berapa orang yang lawan dengan saya dulu…sayalah yang bawa dia orang balik…bagi pangkat sampai ke puncak. Saya bukan nak ungkit…tak ada terima kasih pun tak apa.


    Web This Blog



    About me

    Archives

    Previous Posts

    Links

    Powered By

    Ukhwah.com :: Top Blog

    Powered by Blogger