VCD Tun Dr. Mahathir

Didalam usaha untuk menyampaikan suara, pandangan, wawasan dan pembelaan Tun Dr. Mahathir kami turut menjual VCD yang melibatkan ucapan beliau. Terbaru ucapan beliau didalam program Penerangan dan Dialog anjuran Malaysia-Today.Net yang cukup menggemparkan ! Anda boleh memiliki VCD ini daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik link dibawah kemudian ikuti arahan seterusnya !

  • VCD TUN DR MAHATHIR
  • Wawasan Pertanian Tun Dr. Mahathir Lebih Komprehensif dan Berdaya Saing

    Ramai pihak beranggapan Tun Dr. Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya hanya menumpukan kepada pembinaan sektor industri sehingga mengabaikan sektor pertanian dan perbandingan ini semakin ketara apabila kepimpinan negara diambil alih Pak Lah. Pak Lah dikatakan lebih prihatin kepada kelansungan sektor pertanian dinegara ini. Pak Lah dikatakan pencentus kembali kepada revolusi pertanian negara ini. Semua ini adalah satu pendustaan belaka dan merupakan gimik politik mereka yang lemah idealismanya. Tun Dr. Mahathir telah lama memberi perhatian kepada sektor pertanian kita boleh lihat semua ini didalam ucapan Tun Dr. Mahathir semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke 8. Ketegasan beliau dapat dilihat daripada ucapan beliau yang menggesa supaya sektor pertanian kembali digiatkan.

    Sektor pertanian akan dijadikan sektor penting kepada ekonomi negara. Dalam tempoh kajian semula, sektor ini berkembang 1.5 peratus berikutan peningkatan keluaran kelapa sawit dan komoditi makanan. Hasil eksport pertanian meningkat sebanyak 26 peratus daripada RM23 bilion pada tahun 2000 kepada RM 29 bilion pada tahun 2003 disumbang oleh kenaikan harga komoditi utama dan makanan. Eksport barangan makanan yang lebih baik adalah kesan daripada peningkatan pelaburan dalam pengeluaran makanan berskala besar dan pembaikan kualiti yang dicapai dalam konteks pendekatan MOA Incorporated. Sementara negara belum lagi dapat beralih kedudukannya sebagai pengimport bersih makanan, negara telah berjaya mencapai tahap sara diri atau self-sufficiency bagi bekalan ayam, itik dan telur serta hampir mencapai tahap sara diri bagi keluaran perikanan.

    Dalam tempoh dua tahun yang akan datang, sektor pertanian dijangka berkembang lebih tinggi pada kadar 2.7 peratus setahun. Pertumbuhan sektor ini akan disumbang oleh peningkatan kenaikan keluaran tanaman industri, pengeluaran makanan dan sumbangan daripada aktiviti pertanian yang baru.

    Penternakan ikan atau akuakultur telah dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan yang besar. Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan infrastruktur baru, meningkatkan kemahiran dan teknologi bagi memajukan akuakultur yang moden. Ini melibatkan pembiakan pelbagai jenis ikan dan krustasia yang boleh dipasarkan dalam dan luar negara. Untuk menyokong aktiviti pembelaan anak ikan berskala komersial dan aktiviti hiliran berkait dengan penternakan ikan, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Program Benih Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Penetasan. Di samping itu, Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan sokongan bagi menggalakkan pelaburan dalam industri ikan tuna melalui penubuhan empat Pusat Pembangunan Tuna Serantau di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Labuan. Aktiviti lain yang akan digalakkan termasuklah penanaman komersial rumpai laut berskala besar dan pengeluaran ikan perhiasan.

    Kerajaan juga akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan potensi barangan biomassa dan bioteknologi untuk pasaran dalam negeri dan eksport. Program untuk membangunkan produk semula jadi yang khusus seperti herba, rempah dan tumbuhan ubat-ubatan secara bersepadu dan komersial akan juga dipercepatkan. Di samping itu, projek Taman Botani Negara akan dibangunkan sebagai contoh bagi peluang pelaburan baru dalam sektor pertanian, selain dijadikan sebagai tempat rekreasi dan tarikan pelancong.

    Bagi mempergiatkan pembangunan dalam sektor pertanian, teknologi sokongan yang lebih berkesan akan digalakkan. Antara inisiatif baru ialah penggunaan secara lebih meluas ICT dan e-dagang. Dalam hubungan ini, projek pertanian berasaskan Teknologi Industri-Kerajaan bagi Revolusi e-Ekonomi atau AgriTIGer yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor pertanian, akan diperluaskan ke tempat lain termasuk di Sabah dan di Sarawak. Di bawah AgriTIGeR, aplikasi pengurusan rantaian antara perniagaan yang berkos efektif dan gerbang elektronik yang dinamakan Agribazaar akan dimajukan lagi. Agribazaar akan berfungsi sebagai ’gateway’ pertukaran kepada masyarakat tani dan peniaga untuk menjalankan urusniaga secara talian.

    Selain daripada mengekalkan daya saing Malaysia bagi minyak kelapa sawit berbanding dengan minyak dan lemak lain di pasaran dunia, usaha sedang dilakukan untuk membangunkan negara menjadi pengeksport makanan yang berdaya saing. Untuk memastikan kejayaan ini, pembangunan perkhidmatan sokongan yang kukuh adalah diperlukan, termasuk kemudahan mendapat maklumat berkait dengan perniagaan dan saluran pengagihan.

    Pemprosesan keluaran pertanian tempatan perlu dijadikan industri yang besar. Peningkatan nilai ditambah yang lebih tinggi melalui penggunaan pengetahuan yang lebih menyeluruh dan berteknologi tinggi harus diusahakan.

    Penghijrahan keluar tenaga buruh daripada sektor pertanian, telah menyebabkan tenaga kerja pertanian hanyalah terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bagi menjadikan sektor pertanian lebih dinamik dari segi pengurusan dan teknologi, golongan profesional dan usahawan akan dilatih dengan amalan dan kemahiran pertanian moden. Pusat Latihan Pertanian Negara akan dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyelaras dan membekal program latihan dan kemahiran. Pengeluaran tenaga profesional dalam bidang pertanian seperti ahli sains tanah, ahli mikrobiologi, ahli bioteknologi dan pakar pemakanan akan ditambah. Dengan ini, peningkatan produktiviti akan dicapai dengan penggunaan jentera dan automasi yang lebih tinggi serta penggunaan teknologi penjimatan buruh.

    posted by drmjr @ 10:06 PM,

    1 Comments:

    At 11:53 AM, Anonymous Anonymous said...

    best regards, nice info » » »

     

    Post a Comment

    << Home

    Menantu Sapalah Tu ?

    Soalan ( Agendadaily): Tun tadi dalam ucapan ada bagi gambaran macam ada pihak ketiga mempengaruhi kerajaan…boleh Tun sebut secara terbuka siapa?
    Dr Mahathir: Oh… saya tak tahu..orang cerita saya dengarlah…betul tak betul saya tak tau. Saya dengar kata di Tingkat Empat… (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke …siapa ada...ada ofis boy ke … dari Oxford…dari Cambridge..

    Nak Pecat ?

    Soalan: Tun dah kritik kerajaan….ada orang kata terdapat ura-ura nak pecat Tun dari UMNO?
    Dr Mahathir: Dia nak pecat..pecatlah. Orang yang ada kuasa boleh pecat…pecatlah.Apa salahnya…saya (pernah) kena pecat dulu. Ada juga yang kata masa saya kena pecat dulu…saya naik atas pentas PAS..sedangkan orang yang sekarang ni tak pernah masuk parti lawan…cuba juga nak bagi saya jatuh…itupun saya tak marah... saya ambil balik. Berapa orang yang lawan dengan saya dulu…sayalah yang bawa dia orang balik…bagi pangkat sampai ke puncak. Saya bukan nak ungkit…tak ada terima kasih pun tak apa.


    Web This Blog



    About me

    Archives

    Previous Posts

    Links

    Powered By

    Ukhwah.com :: Top Blog

    Powered by Blogger